PETUA HILANGKAN JERAGAT


Petua hilangkan jeragat dengan Jus lemon
1. Celupkan bebola kapas ke dlm jus lemon 
2. Letakkan di muka anda
3. Biarkan selama 15-20 minit
4. Bilaskan dgn air sejuk
Ulangi selama 1 bln utk dpt keputusan yg memuaskan

5 PETUA UNTUK HILANGKAN JERAGAT DENGAN HANYA MENGGUNAKAN BAHAN DAPUR!!

1. TOMATO

Sebiji tomato dibelah 2 & potong kecil-kecil. Selepas itu sapu seluruh wajah seperti membuat mask & biarkan selama 10 minit bagi tomato itu serap dalam kulit anda. Jangan lupa bilas dengan air suam & anda akan nampak hasilnya.

2. TEPUNG OAT

Sediakan tepung oat & campurkan dengan yogurt asli (tidak berperisa). Campurkan dan sapu pada muka. Biarkan 10-15 minit. Bilas dengan air suam & kemudian bilas dengan air sejuk untuk menutup kembali pori

3. SAPUAN GULA

Campurkan madu & gula untuk bentuk satu pasta. Sapukan pasta tersebut pada muka secara rata. Sapu keseluruh muka. Biarkan ia pada muka untuk 10 minit. Kemudian bersihkan dengan kain bersih. Bila ada saki baki pada muka cuci dengan air. Lakukan ini seminggu sekali.

4. BERAS & KUNYIT

Ambil setengah genggam beras, kemudian rendam semalaman. Toskan & tumbuk sehingga halus bersama 1cm kunyit hidup. Selepas itu, gaulkan bahan tersebut dengan putih telur & sedikit air perahan lemon/limau nipis. Sapukan pada seluruh wajah sebagai masker.

5. TEH HIJAU

Cara menghilangkan jeragat di muka secara semula jadi dengan teh hijau adalah dengan masukkan beg teh hijau ke dalam air panas selama lima minit. Angkat beg teh hijau & gosok perlahan-lahan ke kawasan yang terjejas oleh jeragat.

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#petuahilangkanjeragat

Comments