IDEA MENU SAHUR SIHAT

Assalamualaikum dan hai semua.

Selamat menjalani ibadah puasa.

Okay, kali ini Azman rasa teruja sangat untuk kongsikan kepada anda semua tentang idea menu sahur yang sihat. Pertama, utamakan makanan yang ada fiber tinggi seperti beras perang, buah dan sayur. Kedua, kurangkan pengambilan kopi atau teh yang ada kafein fokus air putih sahaja sebab kita nak body hydration tu.


Protein Shake Shaklee

Selain itu, jangan lupa makan protein sebab ia mengenyangkan dan paling penting elakkan diri daripada ambil gula ringkas sebab nanti cepat lapar balik. Macam leceh pula kan hehe sebab itulah Azman syorkan kepada mereka yang berpuasa untuk ambil protein shake dari Shaklee sahaja sebab ianya mudah, cepat, sedap dan menjimatkan masa. Lagipun, protein shake merupakan glisemik indeks yang rendah jadi dia bantu kita daripada cepat rasa lapar dalam erti kata lain mengenyangkan. Senang sahaja tidak perlulah kita sakit kepala memikirkan apa yang nak dihidangkan waktu sahur.

Oh ya satu lagi menu sihat untuk sahur ni jangan lupa ambil buah kurma. Sebab korang nak tahu tak kurma selain makanan sunnah bulan puasa dia juga berfungsi untuk memperbaiki kemampuan berfikir & kreativiti, membekalkan tenaga, kesihatan kulit, mengawal tekanan darah serta kuatkan tulang. 

Last but not least, nasihat Azman menu untuk sahur sihat ni cara terbaik untuk memastikan kita sentiasa on track dengan masakan yang sihat dan menu yang sihat adalah dengan mempunyai groceries list yang sihat

Berikut di bawah Azman kongsikan beberapa menu sahur sihat yang korang boleh cuba di rumah masing - masing.


Menu sahur : Nasi goreng sihat

Ini namanya nasi goreng sihat. 
Cara penyediaan tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk. Protein boleh letak telur /dada ayam / udang, sayur kobis dan lobak diparut. Last sekali nasi dan diperasakan sedikit dengan garam dan lada sulah. Lengkap sudah rasanya memang sedap.


Menu sahur : Murtabak padu sedap

Murtabak padu sedap
Inti sangat simple iaitu serbuk kari, ubi keledek dan dada ayam. Makan sepetak pun perut sudah penuh.

Selamat mencuba idea menu sahur sihat.

Kalau korang berminat untuk dapatkan protein shake tekan link - hai azman mahu beli protein shake.

Comments