Sepanjang Azman buat bisnes Shaklee, Azman selalu dapat soalan dari orang sekeliling tentang kebaikan bisnes Shaklee.
"Apa yang best sangat bisnes Shaklee ?"
Pertama, bisnes Shaklee tidak seperti bisnes dropship lain. Kalau bisnes lain kita sering dengar rungutan pasal harga ejen, stokis dan sebagainya berlainan akan tetapi dalam bisnes Shaklee sama sekali tidak sebab semua harga sama walaupun berbeza rank.
![]() |
Bahan marketing semua disediakan |
Kedua, bisnes Shaklee ni seronok sebab bahan marketing semua disediakan. Video, gambar dan copywriting semua ada. Mereka yang sibuk bekerja atau pelajar yang sibuk dengan assignment tidak perlu risau jika tiada masa sebab semuanya sudah disediakan. Sangat membantu dan memudahkan.
Ketiga, dapat free coaching. Orang di luar sana nak dapat ilmu bisnes perlu invest duit untuk join seminar atau bengkel tapi dalam Shaklee semua diberikan secara percuma. Semua Master dalam susur galur team Spectacular turun padang untuk buat kelas. Ada kelas untuk newbies, kelas khas untuk leader dan sebagainya. Kita mahu berjaya ni kena rajin berdamping dengan mentor dan join kelas selalu untuk top up ilmu.
Keempat, urusan postage bukan kita yang kendalikan semua Shaklee yang atur. Kita hanya perlu buat marketing, posting, branding, cari customer untuk dapat sales, consult customer, dan ajar downlines selebihnya Shaklee yang buat. Kalau bisnes lain perlu buat Research and Development (R&D) tapi dalam Shaklee semua tu bukan skop kerja kita. Shaklee tidak belanjakan duit untuk buat iklan di televisyen macam bisnes lain sebaliknya Shaklee laburkan duit untuk majukan lagi produknya.
Kelima, Shaklee tidak pernah bayar lewat bonus kami setiap 14hb malah Shaklee akan masukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank lebih awal kalau 14hb tu jatuh hari cuti. Dalam Shaklee kita akan dapat cash bonus. Cash bonus ni diukur dari hasil jualan kita pada bulan lepas yang dibayar pada bulan berikutnya maksudnya setiap produk ada point tertentu. Point yang terkumpul pada akhir bulan kalau berjaya hit stage akan diberikan bonus. Cash bonus berbeza dengan untung runcit ya. Seronok kan ?
![]() |
Car bonus achiever - Hanan Umairah |
Keenam, Shaklee juga ada bagi kita car bonus. Orang yang baru bermula dengan Shaklee selalu salah ertikan yang car bonus ni kita akan dapat sebuah kereta hehehe. Car bonus maksudnya Shaklee akan bayar RM550 minimum sehingga infiniti kepada kita dan duit tersebut kita boleh gunakan untuk bayar PTPTN misalnya, perbelanjaan dapur, travel dan sebagainya. Ianya tidak terbatas kepada kereta sahaja. Kita boleh belanja car bonus untuk apa sahaja yang kita suka.
![]() |
Bercuti ke Swiss secara percuma |
Ketujuh, ini yang paling gempak. Kalau korang suka melancong baca sampai habis. Korang suka tak kalau pergi travel secara percuma semuanya ditanggung ? Mestilah suka kan tapi kalau korang lebih selesa duduk rumah pun tiada masalah. Shaklee tetap akan bayar. Dalam Shaklee ada diberikan trip percuma. Ada dua trip iaitu regional dan international macam cycle sebelum ni regional dapat pergi Korea Selatan tapi masa tu sempadan masih tutup jadi Shaklee ganti dengan bagi duit, international pula pergi Switzerland atau umrah. Korang boleh buat pilihan sendiri sama ada nak pergi Swiss atau umrah. Setiap tahun Shaklee ada trip dan berbeza destinasi.
Inilah serba sedikit mengenai bisnes Shaklee. Bagi sesiapa yang baru bermula berjinak dengan bisnes terutama sekali bisnes dropship tolong buat survey dulu. Jangan disebabkan korang nak jana income korang hentam ja sebab nanti end up korang juga yang susah sebab tidak dapat guidance yang betul. Selamat membaca dan semoga bermanfaat :)
Kalau berminat untuk buat bisnes Shaklee boleh tekan link - hi azman saya mahu buat bisnes shaklee
Comments
Post a Comment