![]() |
Project Blog Mega 2.0 bersama Master Magical |
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum wbt dan hai semuaπ
Sebenarnya, Azman tidak pernah ada pengalaman buat blog hahaha. Azman rasa kelakar sebab kebanyakkan yang sertai PROJECT BLOG MEGA 2.0 pernah ada blog masing-masing sebelum ni cuma lama sudah mereka tinggalkan.
Okay, sebelum Azman bercerita dengan lebih lanjut mengenai projek ni Azman mahu kongsi satu hal yang mungkin ramai tidak tahu. Dulu ramai orang berkecimpung dengan dunia blog, waktu tu sosial media yang lain belum terkenal sangat macam Instagram dan TikTok. Jadi, Shaklee waktu tu naik sangat macam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi tidak lama selepas itu dunia blog makin suram sebab ramai sudah beralih kepada sosial media yang lain.
![]() |
Blog untuk jiwa seorang penulis |
Blog ni menurut Azman adalah bertepatan dengan jiwa mereka yang suka menulis tapi sekarang ni orang lebih cenderung dengan video. Tapi, kenapa kita perlu memilih salah satu kalau kita boleh kaut keuntungan keduanya sekali setuju tak ? Orang sekarang ini mahu buat apa-apa carian terus 'search google'. Sekarang kan ramai orang tidak aktif buat blog jadi baik kita yang mulakan semula zaman kegemilangan blogging macam dulu. Pada masa sama, kita masih ambil peduli sosial media lain.
Jadi, inilah tujuan PROJECT BLOG MEGA 2.0 ini dilancarkan untuk mengembalikan era blogging yang gemilang suatu ketika dahulu. Akhir kata, semoga Azman buat blog ni dapat memberikan manfaat kepada mereka yang membaca dan juga diberikan kefahaman yang jelas apa yang Azman cuba sampaikan.
Comments
Post a Comment