KENAPA BISNES ONLINE SHAKLEE TERBAIK DI MALAYSIA

SHAKLEE BISNES ONLINE TERBAIK DI MALAYSIA!

Masih ramai sebenarnya yang memandang serong terhadap modul bisnes Shaklee ni terutamanya ada yang memandang bahawasanya "Ala Shaklee ni MLM kan? Semua MLM sama ja. Kerja menipu duit orang. Modal ribu ribu. Pastu upline sapu duit downline itu yang menyebabkan upline makin kaya. Yang awal-awal join tu lah yang kaya."

BETULKAH PERLU UPLINE-DOWNLINE DALAM BUSINESS SHAKLEE ?

Betul. Dalam business MLM macam shaklee ni networking itu penting. Sesiapa yang nak daftar jadi ahli perlu ada 'sponsor' iaitu Pengedar Sah Bebas (SID) sedia ada yang tolong daftarkan anda di bawah rangkaiannya. Inilah yang kita panggil sebagai upline dan downline di mana SID yang menjadi sponsor itu adalah upline dan ahli baru yang didaftarkan itu adalah downline.

JADI BETULLAH UPLINE AKAN JADI KAYA BILA DIA LAGI RAMAI DOWNLINE ? SEBAB LAGI RAMAI DOWNLINE, LAGI BANYAKLAH DUIT DAPAT ?


Bukti upline dan downline sama sama naik

Konsep asal bisnes Shaklee yang ditetapkan sepertimana P&R Shaklee Malaysia adalah disahkan patuh syariah. Di mana tiada unsur syubhah atau penipuan atau 'untung atas angin' yang akan upline perolehi atas pendaftaran mana-mana downline. Yuran pendaftaran keahlian sebanyak RM35 adalah dibayar sepenuhnya kepada pihak Shaklee Malaysia. Keistimewaan bila berdaftar setiap ahli boleh membeli mana-mana produk Shaklee dengan harga ahli yang puratanya 15-20% lebih rendah berbanding harga retail untuk bukan ahli. Sponsor ataupun upline tidak menerima sebarang komisyen daripada yuran keahlian ahli baru dibawah rangkaiannya.

KALAU MACAM TU DARI MANA SID DAPAT UNTUNG DALAM BISNES SHAKLEE NI ?


Beli kereta guna payslip car bonus shaklee

Modul bisnes yang patuh syariah adalah bisnes yang adil iaitu siapa yang berusaha maka dia yang akan merasa hasilnya. Kebanyakan pengguna Shaklee berdaftar sebagai ahli hanya untuk mendapatkan harga ahli bagi produk yang dibeli setiap bulan. Upline tidak mendapat untung retail daripada belian ahli dalam rangkaiannya. Namun, uv belian downline yang tidak mencapai jumlah minimum untuk melayakkannya mendapat bonus akan termasuk di dalam kiraan uv upline untuk tujuan pembayaran bonus bulanan. Ia dikira sebagai 'upah' di atas servis yang diberikan kepada downline tersebut. Tak untung ? Sabar. Upline juga perlu membuat jualan persendirian untuk bonus persendiriannya. Cash bonus asas dan untung retail masih boleh diperolehi melalui jualan produk kepada customer bukan ahli. Sebagai tambahan, apabila anda mencapai tahap leader dalam bisnes Shaklee, syarikat akan membayar anda bonus leadership sebagai menghargai anda. Malah leader juga berpeluang untuk mendapat car bonus (dalam bentuk cash) dan national / international trip reward apabila memenuhi syarat kelayakan.

BERAPA MODAL UNTUK BUAT BISNES SHAKLEE ? MESTI KENA BELI STOK RIBU RIBU KAN ? BARU DAPAT BONUS

Modul asas bisnes Shaklee tidak pernah mewajibkan ahlinya membeli stok modal beribu-ribu ringgit untuk memulakan bisnes Shaklee. Namun, lumrah manusia ada pelbagai cara mahu mencapai apa yang mereka mahukan melalui modul bisnes MLM macam Shaklee ni. Ada yang mahu cepat bergelar leader kerana mahukan bonus bulanan yang mencecah 4-5-6 angka. Ya Shaklee adalah bisnes MLM yang membayar bonus tertinggi di Malaysia kepada pengedarnya. Oleh kerana itu, ramai yang berebut rebut mahu bergelar leader dalam bisnes Shaklee.

Atas sebab itulah pentingnya anda memilih support team atau group yang betul apabila bekeputusan untuk menyertai bisnes. Dalam team yang saya sertai tidak pernah digalakkan untuk melabur sejumlah modal yang besar untuk membeli stok bagi melayakkan anda mendapat cash bonus sebaliknya kami digalakkan untuk bermula dengan sekecil kecil modal iaitu bayaran pendaftran ahli sebanyak RM35 SAHAJA.

KALAU TAK SIMPAN STOK MACAM MANA NAK HANTAR BARANG KALAU CUSTOMER ORDER ?


Pengurusan postage pihak Shaklee uruskan

Zaman sekarang semuanya dihujung jari. Sepertimana kami digalakkan untuk menjalankan bisnes Shaklee secara online maka seperti itu jugalah hebatnya sistem online disediakan oleh pihak Shaklee Malaysia. Setelah bayaran diterima daripada customer yang memesan barang SID hanya perlu order barang yang dibeli oleh customer di portal atau website khas, buat bayaran menggunakan kad debit/kredit atau fpx kemudia pihak Shaklee sendiri akan menguruskan penghantaran barang kepada customer melalui perkhidmatan kurier. Mudah kan ? Sesiapa pun boleh melakukannya di mana dan bila-bila masa sahaja asalkan mempunya talian internet. 

LEBIH KURANG MACAM DROPHSIP KALAU MACAM TU MUDAH & MURAH SANGATLAH BUAT BISNES SHAKLEE NI.

Ya memang sangat murah modalnya dan mudah pengurusannya. Semuanya boleh dibuat melalui hujung jari dan di hadapan skrin telefon sahaja. Modal terbesar adalah sama sahaja seperti mana-mana bisnes lain pun iaitu RAJIN, KESABARAN HATI DAN KECEKALAN MENTAL kerana tiada kejayaan yang mudah untuk dicapai dalam hidup ini. Namun, jika berpegang pada prinsip tidak mudah berputus asa kemanisan itu pasti kunjung tiba tepat waktunya.

Ada apa-apa soalan tentang bisnes Shaklee ? Boleh hubungi saya di TEKAN SINI 

#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023

Comments